
PENGULAS sukan berbakat, Aiman Roshizam terus mendapat pengiktirafan apabila apabila merangkul Anugerah Pengulas Sukan Popular 2024 anjuran Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 14 Julai lalu.
Mencipta fenomena tersendiri, Aiman atau lebih mesra dikenali dengan gelaran Sekaiichi dalam kalangan peminat esukan mengatasi undian empat lagi calon iaitu Putra Ammar Qayyim Zulaadi “Mars” (esukan), Mohsen Amdan (Bola Rotan), Syafiq Asyraf Zulkarnain (RTM) dan Aizuddin Nizam (RTM).
Sekaiichi ebelum ini merupakan pemain kompetitif FIFA Online dan pernah mengulas pelbagai kejohanan esukan antaranya FIFA, Call of Duty Mobile dan lain-lain sebelum bergiat aktif dalam pengulasan sukan. Dia juga berbakat mengulas dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Tegasnya, pencapaian ini merupakan rezeki dari ahli keluarga yang banyak berkorban untuk dirinya berada pada tahap seumpama ini.
“Alhamdulillah atas rezeki isteri dan dua anak-anak saya. Saya hanya menumpang rezeki mereka,” tulisnya dalam satu catatan di laman Facebook.
Aiman turut berterima kasih buat keluarga, isteri dan anak-anak atas pengorbanan kerjayanya sejak 2015. Dia juga berterima kasih kepada pihak Astro Arena yang memberikan tunjuk ajar pada tahun 2021 sebagai pengulas baru dalam bidang sukan.





Add Comment