Golf Terkini

Kejohanan golf 100PLUS : Dua pemain berkongsi tempat pertama


PERSAINGAN  sengit dipamerkan dua pemain, Ngo Yi Belle danNur Batrisyia Balqis Abdul Ghani apabila berkongsi kedudukan selaku pendahulu hari pertama kategori perempuan A (GA), kejohanan golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia Sirkit Ketiga yang bermula hari ini di Kelab Golf Glenmarie, (GGCC), Subang, Selangor.

Kedua dua pemain menutup hari pertama dengan 73 pukulan, 1 di atas par untuk berkongsi kedudukan selaku pendahulu, mengatasi Aarthi Ganesan yang berada dikedudukan kedua dengan perbezaan 2 pukulan.

Saingan bagi kategori lelaki A (BA) menyaksikan Mohammad Izzul Irfan Md Zaini berseorangan di carta teratas apabila menutup hari pertama dengan 70 pukulan, 2 dibawah par.

Beliau bagaimanapun belum cukup selesa dan hanya berkelebihan dua pukulan di depan dua pencabar, Khor Edrik dan pemenang sirkit kedua di Miri, Connor Liew Axel Kai yang menutup 18 lubang pertama dengan catatan par 72.

Kategori Lelaki B menyaksikan Mohamad Danish Danial Md Jumat muncul pendahulu dengan 76 pukulan 4 di atas. Manakala Perempuan B diungguli Wang Enxi dari China yang menutup hari pertama dengan catatan par 72.

Sebanyak 40 pemain golf remaja berpeluang untuk memburu slot bagi beraksi dengan pemain pemain remaja dari serata dunia di Grand Finale Golf Remaja Antarabangsa bagi tahun ini yang dijadual berlangsung di Kelab Golf Kota Permai, Kota Damansara pada Oktober depan.

Tiga sirkit dipertandingkan untuk mengenalpasti 40 pemain tersebut dimana Sirkit Pertama telah berlangsung di Kelab Golf Templer, Rawang dari 6 hingga 8 Jun lalu.

Manakala sirkit kedua berlangsung dari 24-26 Jun di kelab Golf Eastwood Valley,Miri, Sarawak dan sirkit ketiga pula berlangsung di kelab golf Glenmarie, Subang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading