
LIGA Bolasepak Amatur (AFL) menegaskan mana-mana pasukan Liga A1 Semi-Pro yang berdepan isu tungggakan pada musim 2025-2026 bakal ‘diharamkan’ daripada terus menyertai saingan semi profesional itu pada musim depan.
Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pasukan yang terbabit dengan isu tunggakan gaji pada musim ini akan disenaraikan keluar secara automatik daripada saingan itu.
“Langkah yang perlu diambil bagi memastikan saingan Liga A1 Semi-Pro ‘sihat’ daripada gejala terbabit dan pasukan perlu bersedia untuk berdepan tindakan jika mengulangi lagi perkara sama musim ini.
“Kita tidak mahu kes ini berlarutan jadi untuk musim depan, pasukan yang ada rekod tidak bayar gaji ini akan dikeluarkan secara automatik. Kita tidak akan pertimbangkan lagi pasukan seperti ini untuk bermain dalam liga
“Kita faham isu ini sudah bertahun-tahun berlaku jadi kita harap kita dapat letakkan titik noktahnya pada tahun ini.
“Kita mengingatkan semua pasukan supaya mereka bersedia untuk menerima hukuman kalau mereka tidak dapat melunaskan gaji ini secara tepat,” ujarnya pada sidang media selepas Pelancaran Bola Rasmi dan Taklimat Liga A1-Semi Pro, di Shah Alam.











Add Comment