Bola Sepak Terkini

Liga Super 2025/26 : Hanya IFC belum ada venue tuan rumah

Kita beri mereka sehingga 5 Julai untuk kemukakan pengesahan muktamad

PEMANGKU Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd memaklumkan hanya Imigresen FC masih belum mengemukakan maklumat rasmi mengenai stadium yang bakal dijadikan gelanggang tuan rumah buat pendatang baharu Liga Super itu.

Tegasnya, MFL juga kini sedang menunggu pengesahan rasmi lokasi gelanggang tuan rumah daripada pasukan Imigresen FC.

Ia susulan pasukan tersebut pada awalnya mencadangkan Stadium Darul Aman sebagai venue, namun kenyataan dari pihak berkuasa negeri Kedah menyatakan bahawa stadium itu tidak tersedia untuk digunakan oleh pasukan tersebut.

“Sehingga kini kita masih belum terima maklum balas rasmi Imigresen FC, yang mana sebelum ini menamakan Stadium Darul Aman sebagai venue (gelangang home) untuk liga yang akan bermula nanti, namun kita dengar  dImedia sosial dan Menteri Besar (Kedah)  mengatakan venue iu tidak sesuai untuk pasukan IFC.

“Sekretariat sentiasa berhubung dengan IFC dan IFC sedang dalam ptoses namakan venue, setakat ini hanya Imigresen FC yang belum sahkan venue rasmi. Kita serah kepada IFC dan dimaklumkan IFC masih mencari venue disebelah utara.

“Kita beri mereka sehingga 5 Julai untuk kemukakan pengesahan muktamad,” katanya ditemui selepas  Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2025, hari ini.

Mohd Shazli berkata, semua pasukan telah menamakan stadium tuan rumah masing-masing dan MFL akan membuat pemeriksaan bagi memastikan semua garis panduan dipatuhi.

“MFL akan mula bergerak pada 2 Julai (esok) untuk urusan pemeriksaan stadium-stadium termasuklah di Stadium Bandar Seri Begawan, Brunei,” tegasnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment