
KETUA jurulatih ASEAN All Stars, Kim Sang Sik terkejut dengan persembahan yang ditampilkan skuad ASEAN All Stars yang berjaya mengejutkan Manchester United dalam aksi Piala Cabaran Maybank meskipun hanya sempat berlatih dua hari.
Tanpa berselindung berdepan salah satu kelab terbaik di dunia, ia persembahan yang hebat dan menakjubkan dari ASEAN All Stars. Malah, kami berjaya memenangi perlawanan dengan 1-0 dan kami amat gembira.
“Kami hanya berlatih dua hari, tetapi mereka bermain seperti mereka sudah bersama 20 tahun yang mana pasukan beraksi dengan teratur.
“Kami berjaya kalahkan pasukan yang hebat dan ia juga satu penghormatan yang hebat. Ia juga menunjukkan pemain ASEAN mampu bersaing dengan pemain bertaraf dunia,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, jaringan Mg Mg Lwin pada minit ke-71 sudah cukup untuk skuad ASEAN All Stars mengecewakan United di hadapan 72,550 penonton.
United yang juga naib juara Liga Europa seterusnya akan berkunjung ke Hong Kong untuk menentang pasukan kebangsaan negara itu di Stadium Hong Kong, Jumaat ini.






Add Comment