Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Maybank Challenge Cup 2025 : Peluang terbaik Man United julang piala

Di mana saja kami pergi, semangat penyokong tetap sama. Di Old Trafford, anda dapat rasa bahangnya

PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim menyifatkan kunjungan anak didiknya ke Malaysia menjelang pertembungan menentang ASEAN All Star di Stadium Nasional Bukit Jalil bukanlah untuk bercuti.

Merasai sokongan padu peminat terhadap “Red Devils”, Amorin memberikan jaminan barisan pemainnya akan memberikan aksi terbaik buat semua penyokong yang hadir.

“Bagi kami, sangat luar biasa melihat sambutan di sini. Mereka (penyokong) tak pernah hilang semangat walaupun ketika kelab melalui musim sukar. Ini bukti cinta mereka tak berbelah bahagi,” katanya dalam sidang media, pra perlawanan Maybank Challenge Cup 2025, petang tadi.

“Di mana saja kami pergi, semangat penyokong tetap sama. Di Old Trafford, anda dapat rasa bahangnya. Di Kuala Lumpur, juga sama. Saya jangka Bukit Jalil akan jadi lautan merah,” ujar Amorim yang kagum dengan sambutan diberikan.

Sementara itu, Ketua jurulatih ASEAN All Star, Kim Sang Sik , menegaskan bahawa semangat yang ditunjukkan oleh para pemain dari pelbagai negara ASEAN cukup membanggakan walaupun masa persiapan agak terhad.

“Kesemua pemain berada dalam keadaan fizikal yang baik. Mereka datang dari pelbagai negara di rantau ASEAN, tetapi komited untuk bekerja keras. Kami hanya sempat mengadakan satu sesi latihan setakat ini, namun mereka sangat serius dan mahu menang dalam perlawanan ini.

“Kami perlu bersedia dengan baik dan cuba menjayakan perlawanan yang bagus esok. Ini adalah peluang besar untuk para pemain ASEAN menunjukkan kualiti mereka di pentas antarabangsa,” ujar Kim yang baru dilantik menerajui Vietnam pada awal tahun ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading