Antarabangsa Badminton Bola Sepak Terkini

Syarikat Produksi Sukan Global Buka Pejabat Operasi Di Asia Tenggara

Di Tell, setiap penyampaian projek memberi fokus kepada penggunaan teknologi yang cekap termasuklah kit penyiaran flyaway, hub produksi jarak jauh berskala bersama pengekodan 5G yang terkini.

SYARIKAT produksi teknikal sukan global, Tell  mengumumkan pembukaan pejabat baharu mereka di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, selari dengan pertumbuhan pesat mereka di peringkat global sejak penubuhannya pada 2020.

Tell yang berpengalaman luas didalam bidang perkhidmatan dan penyelesaian teknikal termasuk pengurusan lancar, penyediaan krew pakar dan kit innovatif untuk produksi jarak jauh dan penyiaran, strem langsung dan pengedaran serta penyampaian sukan dan grafik.

Di Tell, setiap penyampaian projek memberi fokus kepada penggunaan teknologi yang cekap termasuklah kit penyiaran flyaway, hub produksi jarak jauh berskala bersama pengekodan 5G yang terkini.

Pengarah Syarikat dan pengasas Tom Ellis berkata, pemilihan Kuala Lumpur (Bukit Jalil) sebagai rumah terbaru di Asia Tenggara disebabkan faktor masyarakatnya, budaya serta peluang yang tersedia.

“Selain itu wilayah ini bersesuaian dengan visi kami untuk mencipta pengalaman luar biasa menerusi produksi teknikal yang berinovasi” ujarnya.

Tom Ellis memberikan penerangan kepada rakan media yang hadir pada majlis pengumuman pejabat baharu di Bukit Jalil.

Bekerjsama memastikan syarikat bergerak kehadapan dengan era penyampaian global, Ellis turut disokong oleh Pengarah Pengurusan Asia Tenggara – Alex Wong.

Wong yang berpengalaman di dalam bidang penyiaran dan pakar grafik langsung pernah bertugas di AE Live dan akan menerajui dan mengetuai operasi harian dari pejabat baru di Kuala Lumpur.

Selain itu Wong juga mempunyai pengalaman luas dengan organisasi dan acara seperti Persekutuan Badminton Dunia, Konfederasi Bola Sepak Asia dan Pertubuhan Triatlet Profesional.

“Pemilihan Bukit Jalil sebagai lokasi untuk pembukaan pejabat di Kuala Lumpur adalah kerana kemudahan dan aktiviti sukan yang tersedia seperti bola sepak, badminton serta ragbi.

“Selain menempatkan stadium bertaraf dunia, Konfederasi Bola Sepak Asia juga terletak di lokasi yang sama” ujar Wong.

Wong akan dibantu oleh Azman Azmy, sebagai Penerbit Kanan, sebelum ini pernah bertugas di AE Live dan Astro.

Azman berpengalaman lebih dari 10 tahun didalam produksi sukan. “Sampai Mati Kuala Lumpur” – sebuah docu-siri 8 episod terbitan beliau mengenai perjalanan kisah Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur berjaya menewaskan Johor Daruk Takzim untuk Piala Malaysia 2021.

Pemgumuman pembukaan pejabat di Kuala Lumpur dan peluang besar di Asia Tenggara, bersesuaian dengan pengumuman strategik termasuk statistik pertumbuhan kewangan dan juga pengukuhan pasukan kepimpinan kanan syarikat.

Pengumuman peningkatan keuntungan syarikat sehingga 86.6% untuk tahun kewangan 2020/2021 sehingga 2023/2024, menunjukkan kedudukan syarikat yang semakin kukuh di dalam industri produksi sukan global.

Sementara itu, pakar produksi – Jack Nicklin dilantik sebagai Pengarah Urusan di United Kingdom, selari dengan pengalaman beliau dari pelbagai jawatan terdahulu di World Rugby, IMG, Channel 4, BBC, Cricket Australia dan BBC Sport.

Kejayaan Tell juga diperakui dengan kejayaan mereka mementaskan produksi sukan global seperti FIFA Club World Cup 2022 & 2023, AFC Asian Cup 2023, ASEAN Mitsubishi Electric Cup™ 2024, Futsal World Cup 2024, England A vs Australia A Rugby Union 2024 , 26th Arabian Gulf Cup 2024 .

Terdahulu, Tell juga mendedahkan website terbaru yang lebih mesra pelanggan serta mempamerkan hasil kerja dan produksi mereka yang terdahulu. Sila lawati laman sesawang www.tell.so dengan lebih lanjut.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading