Bola Sepak

Tiga Tonggak JDT Tidak Sertai Harimau Malaya ke Hyderabad


FOTO FAM

Daripada 26 pemain yang bersama skuad Harimau Malaya ke Bangkok, Thailand bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pertama menentang Laos pada Khamis, hanya 23 pemain yang akan dibawa ke Hyderabad, India bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 kedua menentang India pada Isnin depan.

Tiga pemain iaitu Matthew Davies, Feroz Baharudin, dan Arif Aiman Hanapi telah dilepaskan pulang ke tanah air berikutan permohonan daripada kelab mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Permohonan itu dibuat kerana jadual Malaysian Football League (MFL) menetapkan perlawanan pertama Pusingan 16, Unifi Piala Malaysia 2024-2025 antara JDT dan Kuala Lumpur Rovers FC pada 20 November ini.

JDT membuat permohonan tersebut selepas mengambil kira bahawa skuad Harimau Malaya akan tiba di tanah air pada pagi Rabu selepas aksi menentang India.

Ini bermakna ketiga-tiga pemain tersebut tidak sempat pulang ke pangkuan kelab mereka untuk persiapan perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, seorang lagi pemain JDT iaitu penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, akan menyertai skuad 23 pemain Harimau Malaya yang akan terbang ke Hyderabad dari Bangkok, malam ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading