Bola Sepak Terkini

Piala Supermokh 2024 : Skuad JDT mara bergaya ke pentas separuh akhir

Kami juga telah menbuat analisis tentang pasukan lawan, fokus ketika ini adalah dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain dengan keputusan yang positif.

 

SKUAD Johor Darul Takzim Bawah 12 tahun mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2024 dengan penuh bergaya selaku juara Kumpulan B setelah menewaskan NFDP B, 4-1 pada aksi di Padang A Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, petang tadi.

Kemenangan yang diraih ini memastikan mereka mengumpul mata penuh dari tiga perlawanan dan bakal menentang pasukan dari Thailand, Pattaya United yang berada dikedudukan kedua dalam Kumpulan A diperingkat separuh akhir petang esok.

Ketua jurulatih JDT FC, Mohd Hafiz Zainal berkata, pasukannya berdepan dengan kesukaran melepasi benteng pertahanan lawan yang cemerlang pada separuh masa pertama.

“Kita juga tahu lawan (NFDP B) inginkan kemenangan untuk juara kumpulan jadi kami menerima tentangan sengit dari lawan seawal wisel perlawanan dibunyikan.

“Namun pada babak kedua, kita berjaya mengatasi dan menjaringkan tiga gol untuk kemenangan pasukan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, berdepan Pattaya United pada aksi separuh akhir esok, Mohd Hafiz mahu pemainnya terus mempamerkan aksi konsisten pada setiap masa.

“Kami juga telah menbuat analisis tentang pasukan lawan, fokus ketika ini adalah dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain dengan keputusan yang positif.

“InsyAllah pemain akan melakukan sehabis yang baik untuk memastikan kemaraan ke pentas final,” katanya.

Waluapun NFDP B tewas, namun skuad bimbingan Hassan Sazali Waras turut melayakkan diri ke pentas separuh akhir selaku tempat kedua dalam kumpulan dan bakal berdepan “abangnya” iaitu NFDP A dipentas separuh akhir.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading