Antarabangsa Terkini

Piala Supermokh 2024 : AMD FUTURE mulakan kejohanan dengan keputusan positif.

Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2024 disertai 24 pasukan terdiri daripada sembilan buah negara berlangsung pada 13 hingga 19 November ini.

 

Aksi pemain AMD Future ketika berdepan lawan.

SKUAD muda negara, AMD FUTURE memulakan saingan kategori B-14 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2024 dengan catatan positif selepas mengikat pasukan dari China, Evergrande Football School dengan keputusan 2-2.

Berdepan dengan pasukan lawan yang memiliki kelebihan fizikal nyata tidak mengentarkan anak didik Azni Ariffin yang bertahan dengan penuh disipilin sehingga wisel penamat dibunyikan.

Tegas, Azni sebelum perlawanan anak didiknya telah diberikan penerangan dan motivasi untuk memastikan langkah positif diraih pada aksi pertama.

“Saya telah maklum dari awal bahawa pasukan akan berdepan dengan lawan yang memiliki kelebihan fizikal dan telah membuat analisis mengenai pasukan lawan.

“Motivasi yang diberikan agar pemain berani nyata memberikan impak kerana kita lihat pasukan berjaya mengimbangi kekuatan pasukan lawan malah memberikan tekanan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, masih banyak lagi perlu diperbaiki untuk perlawanan akan datang dan pemain mengetahui situasi ini.

“Teknikal dan kawalan bola serta pertahanan antara perkara penting yang akan dipertingkatkan pada perlawanan akan datang.

“Saya percaya pemain mampu melakukan yang lebih baik untuk meraih keputusan positif,” jelasnya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Padang C, Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, AMD Future memperolehi dua gol menerusi jaringan Haziq Zamin pada minit ke-22 dan Qayyum Syazwan (m-59).

Gol pelawat pula dijaringkan pemain gantian Tang Xucan (m-34) dan Zheng Dingchang pada minit ke 58.

Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2024 disertai 24 pasukan terdiri daripada sembilan buah negara berlangsung pada 13 hingga 19 November ini.

Dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara melalui Sekretariat Program Pembangunan ola Sepak Negara (NFDP), Bahagian Bakat & Pembangunan Wanita ini merupakan edisi ke lapan penganjuran sejak ianya bermula pada tahun 2014 dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 13 Tahun dan Bawah 14 Tahun.

Seramai 416 peserta dan 96 pegawai pasukan dari 24 pasukan akan terlibat bagi penganjuran Piala Supermokh 2024.

Tahun lalu wakil Thailand, Buriram United pula muncul juara kategori bawah 14 tahun apabila menewaskan SSBJ 6-0 dan tempat ketiga milik Shonan Bellmare yang mengatasi AMD Dream 2-1.

Gelaran kejuaraan kategori bawah 12 tahun menjadi milik pasukan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) A yang menewaskan JDT 5-2 di pentas akhir manakala NFDP B yang menewaskan Zheijang Professional FC 3-1 muncul pemenang tempat ketiga.

Wakil Thailand, Buriram United pula muncul juara kategori bawah 14 tahun apabila menewaskan SSBJ 6-0 dan tempat ketiga milik Shonan Bellmare yang mengatasi AMD Dream 2-1.

> BAWAH 12 TAHUN

– NFDP A (Malaysia)

– NFDP B (Malaysia)

– Ordos FA (China)

– Pataya United (Thailand)

– Johor Darul Takzim FC (Malaysia)

– Singapore FA (Singapura)

– Asiop Football Academy (Indonesia)

– Chiangmai FC (Thailand)

> BAWAH 13 TAHUN

– AMD A (Malaysia)

– AMD B (Malaysia)

– PVF Vietnam (Vietnam)

– Zhejiang Professional FC (China)

– Chonburi FC (Thailand)

– Avispa Fukuoka (Jepun)

– Asiop Football Academy (Indonesia)

– Hong Kong FA (Hong Kong)

> BAWAH 14 TAHUN

– AMD A (Malaysia)

– AMD B (Malaysia)

– Sekolah Sukan Bukit Jalil / CZA NFDP (Malaysia)

– Johor Darul Takzim FC (Malaysia)

– Reliance Foundation Young Champs (India)

– Fagiano Okayama (Jepun)

– Evergrande Football School (China)

– Buriram United (Thailand)


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading