
BEKAS pemain kebangsaan era 90 an dan jurulatih berpengalaman Wan Rohaimi bin Wan Ismail dilantin sebagai Ketua Jurulatih baharu Penang FC sehingga hujung musim 2024-2025.
Pernah pernah beraksi sebagai pemain profesional selama lebih 15 tahun, Wan Rohaimi mewakili pelbagai kelab utama di Malaysia dan meraih lebih 40 cap kebangsaan.
“Wan Rohaimi, seorang jurulatih berpengalaman dalam arena bola sepak Malaysia, diharap akan membawa Penang FC ke tahap lebih tinggi dengan pendekatan strategik dan visi yang segar.
“Pengalaman antarabangsa beliau merangkumi kejohanan seperti Sukan SEA, Kelayakan Piala Dunia, dan Tiger Cup, di mana beliau memberi sumbangan penting kepada pasukan negara.
“Pada tahun 2003, beliau juga mencatat pencapaian gemilang dengan memenangi Piala Sumbangsih bersama pasukan Pulau Pinang,” ujar kenyataan media yang dikeluarkan Penang FC.
Tambahnya lagi, selepas bersara sebagai pemain, Coach Wan menceburi bidang kejurulatihan dan telah membimbing pelbagai pasukan termasuk Tumpat FA, skuad pembangunan NFDP, Perlis U19, dan Penang U21.
“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih PDRM FC serta Penolong Ketua Jurulatih KL City FC dalam Liga Super.
“Pengalaman luas ini memberi beliau kelebihan dalam mengendalikan pasukan di pelbagai peringkat dan memastikan pemain mencapai potensi tertinggi,” ujarnya.
Di bawah kepimpinan Coach Wan Rohaimi, Penang FC dijangka mengaplikasikan gaya permainan yang mengutamakan penguasaan bola dan beliau terkenal dengan pendekatan yang membentuk pemain berfikir dan mengutamakan kecergasan fizikal, seiring dengan matlamat untuk menghasilkan pasukan yang kuat dan berdaya saing.





Add Comment