Bola Sepak

Pemilik KDA FC jangan kalut jual, nilai dulu tawaran DSAT Group


Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

ALOR SETAR – UMNO Kedah memohon agar pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC agar lebih berhati-hati memilih rakan kongsi bagi pembiayaan dan operasi pasukan bolasepak Kedah yang sedang berhadapan dengan krisis kewangan.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, niat yang ditunjukkan sebuah syarikat dikenali DSAT Group harus dinilai secara mendalam (due diligence) daripada aspek komersial dan keupayaan kewangan syarikat yang menunjukkan minat itu sendiri.

Menurutnya, UMNO Kedah bimbang, kemelut gaji dan kewangan KDAFC dilihat sebagai satu peluang untuk pihak-pihak tertentu bagi mencipta ‘populariti’ segera bagi tujuan lonjakan pasaran syarikat tersebut.

“UMNO Kedah menasihatkan agar pihak pengurusan KDAFC yang di anggotai oleh beberapa ahli lembaga pengarah ‘bisu’ jangan membuat sebarang penjualan ‘panik’ dibimbangi ianya akan menjejaskan masa depan syarikat secara kekal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Shaiful Hazizy, UMNO Kedah masih percaya mekanisme terbaik ada campurtangan kerajaan negeri melalui anak-anak syarikat yang mempunyai struktur kewangan yang kukuh diimbangi pelan jangkamasa panjang yang menyakinkan.

Menurutnya, UMNO Kedah yakin model ‘Red Giants FC’ adalah satu panduan terbaik bagi mana-mana model pengurusan komersial sebuah kelab bolasepak.

“UMNO Kedah tertanya-tanya apakah hasil daripada pertemuan pihak KDAFC bersama Menteri Besar yang sepatutnya memberi khabar gembira buat semua pemain. Pemulihan KDAFC adalah sangat penting bagi memastikan kelangsungan bolasepak negeri,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading