Golf

KPRJ, Champion Golf lancar Johor Golf Expo 2024


Pelancaran JGE2024

GELANG PATAH: Johor Golf Expo 2024 (JGE2024) merupakan acara terkemuka tentang golf yang bakal membantu memperkasakan pertumbuhan ekonomi Johor dan menjadikan negeri ini sebagai 

destinasi utama bagi peminat golf, profesional industri dan perniagaan, pelancong dan pengembara, keluarga dan kumpulan sosial serta orang awam. 

Expo ini bertujuan menjadikan sukan golf sebagai usaha menyatukan pelbagai pihak dalam sukan ini. Ini termasuk pengeluar peralatan golf, peruncit, pemilik padang golf, penyedia perjalanan, perkhidmatan laChan, perinCs teknologi, dan persatuan golf. Acara ini menekankan kepada keupayaan sukan tersebut mengeratkan hubungan  pelbagai budaya dan generasi. 

Champions Golf, dengan kerjasama KPRJ Sports Sdn Bhd (KSSB), adalah penganjur bersama JGE2024 dan acara yang berprestij ini akan meningkatkan lagi  reputasi Johor sebagai destinasi terkemuka sukan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekuif KPRJ, Datuk Lukman Abu Bakar berkata, ekspo itu menekankan kepentingan strategik kerjasama ini ke arah meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi Johor. 

“KPRJ komited untuk memajukan pembangunan sukan di Johor dengan mempromosikan golf sebagai satu gaya hidup. Kerjasama dengan Champions Golf bukan sahaja bertujuan untuk mengangkat martabat sukan ini tetapi juga untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pelancongan di negeri ini.

“Pelancongan golf merupakan pengerak utama pembangunan negeri kami, dan kerjasama ini penting untuk meletakkan Johor sebagai destinasi golf global terkemuka,” katanya.

Beliau menekankan kerjasama melibatkan kedua-dua pihak menandakan komitmen bersama terhadap inovasi, keterangkuman, dan pembangunan strategik dalam industri golf. 

Pengarah Urusan Champions Golf, 

Matthew A. Murry, mengariskan penekanannya kepada  dedikasi syarikat untuk menjadikan sukan golf mudah diakses oleh semua. 

“Misi Champions Golf, menjurus kepada mendemokrasikan sukan ini. Transformasi Kelab Golf Senibong menjadi kemudahan awam adalah manifestasi visi ini, dan JGE2024 merupakan langkah penting ke arah mencapai matlamat ini,” ujarnya.

Jelasnya, Champions Golf komited terhadap mengembangkan industri golf, baik di Johor mahupun di seluruh Malaysia, dalam usahanya menetapkan standard  kecemerlangan yang baharu dalam sukan tersebut. 

Melalui sokongan KPRJ, syarikat ini berhasrat untuk menarik pemain antarabangsa yang elit, meningkatkan tahap persaingan, dan memperluaskan daya tarikan kejohanan dalam expo ini.

“Visi kami adalah melangkaui sempadan Malaysia. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran para pemain golf dari seluruh Asia dan Timur Tengah untuk mencuba kehebatan bermain padang golf di Johor, sebuah negara yang kaya budaya dan hospitaliC,” katanya lagi.

Expo ini yang menyaksikan acara kemuncak  berlangsung selama tiga hari bermula pada 18 Oktober menawarkan pelbagai aktiviti yang diadakan berlanjutan selama lebih dua bulan.

Dengan menyasarkan  pelawat tempatan dan antarabangsa sebagai tumpuan tarikan, JGE2024 dilihat sebagai acara penting bagi peminat golf dan memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi tempatan. 

Pembangunan dan promosi aktiviti golf semasa JGE2024 dijangka dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam pelbagai sektor, termasuk perhotelan, peruncitan, dan pengurusan acara. 

JGE2024 komited untuk meningkatkan kesedaran tentang sukan golf sambil turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Johor. 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading