
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terus kekal sebagai kelab terbaik Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Opta Analyst.
Di Asia Tenggara, Harimau Selatan kini memungut 75.2 mata untuk berada di tangga pertama meninggalkan pencabar terdekat iaitu kelab dari Thailand, Buriram United dengan 71.9 mata dan Bangkok United (70.5 mata).
Di kedudukan Asia pula, juara 10 kali Liga Super itu berada di kedudukan ke-14 dan kedudukan ke-317 daripada 13,448 pasukan yang dihimpunkan Opta Analyst dari seluruh dunia.
JDT meninggal jauh pencabar terdekatnya di Liga Malaysia iaitu Selangor yang memungut 65.2 mata di kedudukan ketujuh di ASEAN dan 1,407 dunia disusuli Terengganu FC dengan 62.9 mata di kedudukan ke-10 ASEAN dan berada di ranking 1,824 dunia.
Sabah juga berada dalam senarai 20 pasukan terbaik Asia Tenggara di kedudukan ke-16 dan ke-1,969 dunia.
Pada tahun 2024, JDT menjulang piala pertama pada saingan Liga Malaysia apabila menang Piala Sumbangsih selepas Selangor FC menarik diri susulan kes Faisal Halim disimbah asid.





Add Comment