Bola Sepak

Rizal Ghazali harap penyokong Kedah penuhkan stadium seperti sebelum ini


FOTO KDA FC

Pertahanan baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Rizal Ghazali percaya ada sinar buat kelab tersebut walaupun dibelenggu dengan isu dalaman kelab.

Beliau menngucapkan terima kasih kepada kelab tersebut kerana membawa kembalinya untuk menguatkan kubu Sang Kenari bagi musim 2024-2025.

“Saya pulang ke Kedah atas banyak sebab terutamanya 2024 ni sebab saya rindu dengan keluarga, orang tua saya tak berapa sihat.

“Apapun saya berterima kasih kepada KDA FC bawa saya pulang kembali dan saya akan buat yang terbaik.

“Saya harap penyokong diluar sana penuhkan kembali stadium macam sebelum ni. InsyaAllah 2024 ni saya percaya ada sinar,” katanya yang dipetik melalui laman media sosial rasmi KDA FC semalam.

Mohd Rizal yang berasal dari Baling, Kedah diakui antara pertahanan kanan terbaik pernah beraksi di Liga Malaysia hari ini.

Pemain pertahanan berusia 31 tahun ini telah membuat penampilan sebanyak 174 kali bersama tiga pasukan yang pernah diwakili sebelum ini iaitu Perlis pada 2011 hingga 2013, Kedah (2014 hingga 2021) dan Sabah (2022 hingga 2023).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading