Bola Sepak Terkini

Kipre dedah rahsia mengapa The Cats jadi pilihan

“Skuad ini sudah bertambah baik, terdapat beberapa pemain baharu dan semestinya kehadiran kami untuk menyumbang lebih banyak kepada pasukan ini.

Pernah berada dibawah bimbingan Aidil Shahrin ketika membimbing Kedah, Kipre anggap keputusannya tepat.

BEKAS penyerang import Terengganu FC dan Kedah FC, Tchetche Kipre hubungan baiknya bersama Aidil Sharin Sahak menjadi faktor mengapa dia tidak berfikir panjang untuk menyertai skuad Kuching City FC.

Gembira bergandingan bersama dalam pasukan, Kipre mengakui sangat senang dapat berkerja dengan Aidil (Ketua jurulatih) kerana mengetahui cara pengendali itu bekerja.

“Saya tahu cara beliau bekerja, taktikalnya sewaktu bersama Kedah dan saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik untuk musim hadapan,” katanya.

Kipre juga mengakui amat gembira untuk berada dan bermain di negara ini selepas lapan musim melaungkan keyakinan Kuching City FC mampu memberikan saingan terbaik dalam musim baharu Liga Malaysia 2024-2025.

Pemain kelahiran Ivory Coast itu mengakui tidak mudah untuk mengalas harapan yang diberikan kepadanya namun dia berharap dapat memberikan impak dalam misi pasukan mendapat kedudukan lebih baik berbanding musim lalu di mana Kuching City menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-13.

“Skuad ini sudah bertambah baik, terdapat beberapa pemain baharu dan semestinya kehadiran kami untuk menyumbang lebih banyak kepada pasukan ini.

“Saya tahu ini tidak akan menjadi suatu perkara yang mudah, dan di dalam bola sepak tidak akan ada janji. Namun kami akan mencuba,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading