Bola Sepak Terkini

TFC terima tajaan setengah juta dari Hijraa Management Sdn Bhd

Meneroka jalinan yang lebih mendalam berkenaan impak kerjasama diantara bidang sukan dan juga kesihatan.

TERENGGANU FC terus mengorak langkah mempersiapkan pasukan dari segi penajaan selepas mengumumkan Hijraa Management Sdn Bhd diumumkan sebagai rakan penaja baharu bagi musim 2024/2025. Hijraa kini secara rasminya adalah merupakan “Penaja Silver” kelab ini dengan tajaan wang tunai serta perkhidmatan kesihatan berjumlah RM 500,000.00. dan menerusi  penajaan ini juga bakal menempatkan logo Hijraa dikesemua jersi latihan rasmi pasukan ini bermula musim ini. Majlis menandatangani kontrak kerjasama diantara kedua-dua pihak telahpun dilangsungkan semalam iaitu pada 4 Februari 2024 bertempat di Raia Hotel, Terengganu dihadiri oleh barisan pengurusan Hijraa Management Sdn Bhd, Terengganu Footbal Club Sdn Bhd (TFCSB), barisan pemain dan pegawai Terengganu FC serta rakan media. Perjanjian kerjasama ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Encik Mohd Sabri Abbas, Ketua Pegawai Operasi TFCSB, Encik Mohd Syahrizan bin Mohd Zain dan Ahli Lembaga Pengarah Hijraa Management Sdn Bhd, Dr. Hazmuhaimin bin Hashim dan Dr Mohd Safwan bin Mohd Shafie.
Sesi menandatangani kontrak ini disaksikan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Seri Bijaya Raja Dato’ Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku ABbdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah TFCSB dan Dr Mohd Kamil Izzat bin Mohamad, Ahli Lembaga Pengarah Hijraa Management Sdn Bhd.
Kerjasama penajaan ini dilihatkan satu kerjasama yang bakal membuka ruang dan peluang buat kedua-dua pihak untuk meneroka jalinan yang lebih mendalam berkenaan impak kerjasama diantara bidang sukan dan juga kesihatan.
Pihak Hijraa turut menyatakan mereka akan membantu kelab ini bukan sahaja dalam memastikan kelancaran pengurusan pasukan untuk sepanjang musim namun mereka juga akan berusaha unuk meningkatkan mutu serta taraf penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada seluruh keluarga besar Terengganu FC termasuklah buat para penyokong.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading