Bola Sepak

“Jika sesuatu berlaku itu takdir, saya perlu bersedia” – Pan Gon


FOTO FAM

DOHA – Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui perlu terus kuat dan positif untuk mengendalikan pasukan bolasepak Malaysia biarpun telah tersingkir daripada saingan Piala Asia 2023.

Walaupun masih berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan E menentang Korea Selatan pada petang Khamis, ruang untuk mencipta sejarah mara 16 pasukan terbaik sudahpun tertutup selepas tewas dua perlawanan sebelum ini, 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 menentang Bahrain.

Memetik portal Bernama, beliau mengakui mengakui tekanan tinggi cukup dirasai olehnya selepas telah memberikan segala-galanya sejak membimbing Harimau Malaya dua tahun lalu.

“Sebagai jurulatih, segala tekanan di bahu saya dari kejohanan demi kejohanan, tetapi percaya saya telah membuktikan dalam dua tahun lepas untuk memberikan yang terbaik kepada bola sepak Malaysia, jadi saya yakinkan diri bahawa kita boleh memberikan perkara terbaik untuk masa depan juga.

“Kadang-kadang ada banyak tekanan tetapi saya perlu atasi, tetapi jika sesuatu berlaku (pecat) itu adalah takdir saya, sebagai jurulatih saya perlu sentiasa bersedia,” katanya pada sidang media praperlawanan pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas soalan sama ada beliau merasakan akan mendapat sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk terus menerajui pasukan kebangsaan walaupun prestasi hambar dalam kempen Piala Asia kali ini.

“Saya perlu membuang semua perkara negatif dan ketakutan. Saya perlu kuat dan positif untuk mengendalikan pasukan,” ujar beliau lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading