Bola Sepak Harimau Malaya Terkini

Selamatkan spesis Harimau Malaya, KBS terima sumbangan RM99,845 dari FAM

FAM telah menyumbang sebanyak RM131, 408 kepada tabung 'Kempen Selamatkan Harimau Malaya' dimana jumlah terkumpul ini adalah hasil kutipan penjualan tiket pada aksi skuad Harimau Malaya sepanjang tahun 2023.

PERSATUAN  Bolasepak Malaysia (FAM) meneruskan usahanya menyelamatkan spesis Harimau Malaya menerusi inisiatif kempen ‘Selamatkan Harimau Malaya’ dengan penyerahan sumbangan di ibu pejabat Kementerian Belia & Sukan (KBS) di Putrajaya, pagi tadi.
Sumbangan berjumlah RM 99, 845 itu adalah hasil kutipan penjualan tiket pada dua aksi Pestabola Merdeka 2023 serta aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Republik Kyrgyz pada 16 November 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi telah hadir menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perhilitan, Dato’ Hasnan Hj Yusop.
Hadir sama adalah, Ketua Setiausaha KBS, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Pengurusan Biodiversiti Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Dr Khairul Naik Adham.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading