Bola Sepak Terkini

FAM Anjur Kejohanan Liga Puteri B-15 2023

Lapan pasukan B-15 dari seluruh Malaysia berentap bagi merebut gelaran juara.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan menganjurkan projek perintis Kejohanan Liga Puteri B-15 2023 bermula 9 hingga 17 Disember 2023 di Padang Bola Sepak Sime Darby, Bukit Jelutong.

Usaha ini dilihat sebagai  inisiatif untuk memperkasakan lagi bola sepak wanita di peringkat akar umbi dan belia.

Kejohanan yang diadakan buat julung-julung kalinya bakal menyaksikan lapan pasukan B-15 dari seluruh Malaysia berentap bagi merebut gelaran juara.

Lapan pasukan yang terdiri daripada FEM19 FC, Real CJ, Kelana United FC, Melaka, Sabah, SSS Leopard FC, KBJ Bangi dan SDFC akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana format pertandingan akan menyaksikan pasukan-pasukan ini mengharungi liga kumpulan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan Separuh Akhir pada Jumaat, 15 Disember 2023 manakala Final Kejohanan Liga Puteri B-15 2023 dijadualkan berlangsung pada Ahad, 17 Disember 2023.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading