
STADIUM Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos (Larkin) akan menggunakan padang jenis hybrid yang merupakan satu-satunya yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia.
Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia. Padang hybrid merupakan teknologi moden yang pada masa ini digunakan di Eropah.
Padang Hybrid di Larkin merupakan campuran rumput tiruan dan empat jenis benih rumput yang diberi nama ‘JDT Blend’.
Selepas menganalisa hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua kemudahan fasiliti JDT yang lain, termasuk Stadium Sultan Ibrahim.
Perkembangan terbaharu ini dikongsikan laman Facebook Johor Southern Tigers selepas pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memeriksa kerja-kerja pemasangan padang jenis hybrid yang baharu dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.





Add Comment