Bola Sepak

Steinbruckner jelaskan perlawanan penting perlu VAR


FOTO TFC

KUALA LUMPUR – Video Bantuan Pengadil (VAR) sangat diperlukan dalam perlawanan akhir seperti Final Piala Malaysia 2023 bagi memberikan ruang kepada pengadil membuat semakan semula.

Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner melihat perkara tersebut penting selepas tiga penalti diberikan pada aksi final pada malam Jumaat yang menyaksikan pasukannya tewas 3-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya rasa perlawanan penting seperti ini perlukan VAR terutamanya apabila tiga penalti diberikan pada aksi ini.

“Pengadil sepatutnya memiliki peluang untuk menyemak semula keadaan tersebut sama ada penalti atau tidak,” katanya pada sidang media pada malam Jumaat.

Jelas Steinbruckner, ada insiden yang memerlukan layangan kad kuning namun beliau enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

“Ada juga beberapa keadaan yang menyebabkan layangan kad sepatutnya diberikan namun saya tidak mahu komen tentang itu kerana para pemain saya sudah memberikan segalanya,” ujar beliau.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading