Bola Sepak Terkini

Fourians A Juara Kejohanan Piala Extra Joss MBPJ Bawah 16 tahun

Kejohanan ini akan diteruskan dimasa akan datang bagi merancakkan pertandingan bola sepak di peringkat belia di Malaysia.

GELARAN Kejohanan Piala Extra Joss Bawah 16 tahun menjadi milik Pasukan Bola Sepak Fourians A  setelah berjaya menewaskan pasukan SMK Taman Dato’ Harun dengan jaringan 1-0 pada saingan yang berlangsung ahad lalu di Stadium Bola Sepak MBPJ Petaling Jaya.

Kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan itu merupakan anjuran syarikat minimum tenaga Extra Joss bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang bertujuan untuk memupuk budaya sihat dan bersukan di kalangan para belia di Petaling Jaya.

Beberapa pasukan lain turut menyertai pertandingan antaranya pasukan Kampung FC, pasukan Tropz FC serta pasukan Padang Jawa FC.

Johan bagi kejohanan ini membawa pulang hadiah bernilai RM 1.500 serta medal dan piala iringan sementara naib johon membawa pulang wang tunai bernilai RM 800, medal serta piala iringan.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan Tropz FC yang membawa pulang hadiah bernilai RM350.

 

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan Masyarakat), Y.M Ku Mustafa Bin Ku Mohamad, Pengarah Urusan ExtraJoss Malaysia.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia, Oktavianus, kejohanan kali ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan sambutan yang menggalakkan daripada pasukan-pasukan yang berada di sekitar Petaling Jaya serta pasukan jemputan di seluruh Lembah Klang.

“Saya merasa gembira dengan sambutan yang ditujukan oleh pasukan-pasukan terlibat di mana pihak kami telah menerima sebanyak 32 tim penyertaan dan kami juga terpaksa menolak beberapa pasukan ekoran jumlah pasukan yang sudah cukup.

“InsyaAllah dimasa akan datang nanti pihak kami akan memperbanyakkan lagi jumlah pasukan yang terlibat di dalam penganjuran program ini.

“Harapan saya melalui penganjuran kejohanan seumpama ini, ianya akan dapat memberikan faedah kepada para remaja di samping ianya mampu meningkatkan mutu bola sepak tanah air dengan pertambahan kejohanan di peringkat belia.

“Kejohanan ini juga akan diteruskan dimasa akan datang bagi merancakkan pertandingan bola sepak di peringkat belia di Malaysia”, katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading