Bola Sepak Terkini

Torres senaraikan lima muka baharu sertai kem latihan B23

17 daripada 23 pemain skuad Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand pada 6 hingga 12 September lalu telah dikekalkan.

KETUA jurulatih kuad Harimau Malaya B-23, Juan Torres Garrido telah menyenaraikan 25 pemain  bagi menyertai kem latihan pusat bermula 13 hingga 21 November 2023 sebagai persiapan menjelang kempen Piala Asia B-23 2024 yang dijadualkan berlangsung April depan.

Berdasarkan 25 pemain yang disenaraikan, 17 daripada 23 pemain skuad Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand pada 6 hingga 12 September lalu telah dikekalkan.

Sementara itu, lima muka baharu yang dipanggil kali ini adalah Daryl Sham K. K. George, Muhammad Firdaus Ramli, Muhammad Aiman Khairul Yusni, Muhammad Firdaus Ahmad Fuad dan Adam Farhan Mohd Faizal serta dua pemain daripada senarai ke Kejuaraan B-23 AFF 2023 iaitu Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri dan Muhammad Abu Khalil.

Torres juga menyenaraikan 16 pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai 25 pemain.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d