Bola Sepak Terkini

Ubi muda AMD timba pengalaman di Sepanyol

Real Madrid FC, Atletico Madrid, Akademi Rayo Alcobendas, Villareal FC serta beberapa lagi akademi yang berada di Sepanyol.

PASUKAN  Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) telah berlepas ke Madrid, Sepanyol bagi menjalani latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan bersama akademi-akademi bagi pasukan yang berada di Sepanyol.
Antara pasukan yang di jangka bertemu dengan pasuka AMD adalah Real Madrid FC, Atletico Madrid, Akademi Rayo Alcobendas, Villareal FC serta beberapa lagi akademi yang berada di Sepanyol.
Seramai 40 pemain yang terdiri daripada pelatih-pelatih bawah 13 dan 15 tahun serta 8 org pegawai telah berlepas menaiki pesawat Qatar Airways pada jam 9.55 pagi dan pada jam 4.45 petang.
Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 23 September 2023 setelah menghadapi 8 siri perlawanan persahabatan serta pertandingan yang melibatkan pasukan utama di sana.
Program latihan dan Siri Perlawanan Persahabatan Antarabangsa ini merupakan antara program yang telah ditetapkan dalam jadual aktiviti di AMD.
Program pendedahan & pertandingan antarabangsa ini juga akan diteruskan kepada peringkat umur yang lain sebagaimana yang telah dirancangkan tahun ini. Program ini akan melibatkan setiap peringkat umur yang berada di AMD.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: