Bola Sepak Terkini

“Kami layak bukan kerana nasib” – Azim

"Apabila layak, semua keluar bilik, ada yang menjerit (raikan kejayaan layak ke pusingan akhir). Tidak ada nak cakap apa (mengenai andaian layak kerana nasib) kerana semua ini adalah rezeki dari Allah.

Barisan pemain B23 tahun negara selamat tiba di KLIA selepas menamatkan saingan Kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium Chonburi, Thailand.

PENJAGA gol skuad Bawah 23 tahun negara, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin tidak melihat kejayaan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 adalah nasib tetapi ia adalah rezeki dari Allah hasil usaha keras semua pemain.

Tegasnya, barisan pemain perlu meraikan kejayaan kali ini dan menyifatkkan rezeki tidak pernah salah alamat.

“Perjalanan pasukan kali ini cukup mendebarkan kerana keputusan (layak atau tidak) keluar pada saat akhir. Malam tadi semua orang tunggu perlawanan lain habis dan pada mulanya kami ingatkan tidak mampu layak kerana Australia seri dengan Tajikistan.

“Apabila layak, semua keluar bilik, ada yang menjerit (raikan kejayaan layak ke pusingan akhir). Tidak ada nak cakap apa (mengenai andaian layak kerana nasib) kerana semua ini adalah rezeki dari Allah,” katanya.

Skuad B-23 negara sah layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung 15 April hingga 3 Mei tahun depan selaku empat pasukan naib juara terbaik.

Selepas menunggu dengan penuh debaran sehingga pusingan kelayakan berakhir sepenuhnya, skuad muda negara mengesahkan tempat ke pusingan akhir selaku satu daripada empat naib juara terbaik.

Rekod disiplin yang lebih baik jelas membantu skuad negara menempatkan diri pada kedudukan terakhir bagi empat naib juara terbaik bersama Kuwait, Tajikistan dan juga China.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: