Bola Sepak

Lawan China, kekalkan momentum dan agresif


FOTO FAM

KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mahu semua pemainnya mengekalkan momentum apabila turun menentang China pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China, petang ini. 


Menurutnya, kejayaan bangkit mengikat Syria 2-2 pada aksi Antarabangsa Tier 1 baru-baru ini membuktikan skuad kebangsaan mempunyai kualiti yang tinggi.


“Pada pandangan saya, walaupun kami ketinggalan dua gol tetapi kami sebenarnya mendominasi perlawanan dari awal cuma kami ketinggalan disebabkan kesilapan sendiri dan set piece.


“Menentang China saya mahu para pemain dapat kekalkan momentum dan bermain secara agresif dan kawal permainan, saya yakin mereka mampu lakukannya,” katanya Sidang media praperlawanan pada semalam.


Ujarnya, kualiti yang dimiliki oleh Harimau Malaysia masih mampu lagi digilap dan kini berada pada prestasi mampu memberikan cabaran kepada mana-mana pasukan terbaik Asia.


“Ketika saya terima tawaran untuk menjadi ketua jurulatih Malaysia saya yakin bahawa pasukan ini mempunyai potensi yang tinggi cuma mereka tak yakin mereka cukup bagus.


“Saya sering beri keyakinan kepada mereka dan sekarang saya lihat para pemain cukup bagus untuk menentang mana-mana pasukan di Asia,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: