Bola Sepak Terkini

Kejohanan Yakult Piala Global 2023 pentas cungkil ubi muda

Pemain yang menyertai program ini akan menjadi pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti."

 

KEJOHANAN Bola Sepak Yakult Global Cup Bawah 12 tahun sekali lagi menjadi tumpuan apabila ianya mula memasuki peringkat Grand Final yang menghimpunkan 16 pasukan terbaik Malaysia.

Kejohanan yang memasuki edisi ketiga penganjuran ini akan diadakan di Serimas Sportplex, Nilai, Negeri Sembilan pada 9 September 2023 ini.

Kejohanan Bola Sepak Yakult Piala Global ini mula dianjurkan pada tahun 2019 dan kemudiannya dihentikan seketika pada tahun 2020 dan 2021 penularan pendemik Covid 19 yang melanda dunia sebelum diteruskan pada tahun 2022 dan 2023 ini.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada bakat-bakat muda tempatan bersaing dalam kejohanan kompetatif diperingkat umur 12 tahun.

Selain itu juga ianya memberi peluang kepada bakat cilik tempatan untuk memperlihatkan bakat mereka untuk dinilai oleh pencari-pencari bakat yang sering hadir sepanjang kejohanan ini dilaksanakan.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase

 

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata,  pihaknya  gembira dengan sambutan yang diterima darioada semua pihak yang menyertai kejohanan kali ini dan berharap agar mereka dapat menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti

“Yakult gembira melihat sambutan yang diterima apabila ramai pihak yang berminat untuk menyertai kejohanan ini. Walaubagaimanapun pihak kami hanya mengambil 64 pasukan yang terawal bagi menyertai peringkat saringan di 4 zon yang berbeza oleh kerana kekangan masa.

“Saya berharap agak mereka yang menyertai program ini akan menjadi pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti.”

“Kejohanan ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu menyebarkan kesihatan kepada seramai yang mungkin. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang Yakult di http://www.yakult.com.my ” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: