Ini adalah tanggungjawab saya dan apa sahaja yang berlaku di belakang tabir, saya perlu teruskan demi skuad kebangsaan.
DUA gol dijaringkan Faisal Halim membantu kemenangan 11-2 Selangor FC ke atas Kelantan FC dalam saingan Liga Super membuktikan dirinya masih belum berkarat selepas menjalani hukuman penggantungan selama sebulan.
Hanya beraksi selama 45 minit pada aksi di Kota Bharu, pemain yang mesra dengan panggilan Mickey menganggap ia merupakan tonik terbaik buat dirinya untuk terus beraksi cemerlang bersama rakan sepasukan lain dalam skuad Harimau Malaya.
Ketika ini Mickey menyertai kem latihan Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan menentang Syria dan China di Chengdu, minggu depan.
“Saya hanya beraksi selama 45 minit dan pemain lain sudah beraksi sehingga lima perlawanan.
Add Comment