Hoki Terkini

China medan ujian terakhir buat skuad hoki negara


KEJOHANAN Jemputan Antarabangsa di Pusat Latihan Hoki Wujin, Jiangsu Province, China, yang akan berlangsung pada 15 hingga 27 April ini menjadi medan buat skuad hoki wanita negara  menjelang temasya Temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja yang akan berlangsung pada 5 hingga 17 Mei 2023.

Selain menyertai kejohanan jemputan tersebut, siri persiapan Pasukan Negara telah berjalan lebih awal di
mana pada Ahad lalu (9 April) satu perlawanan persahabatan menentang Hockey Australia Country telah
berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan ianya menyaksikan Pasukan Wanita Negara meraih
kemenangan 4-3 ke atas lawan mereka itu.

Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Pusat Latihan Hoki Wujin, Jiangsu Province, China menyaksikan empat
pasukan akan mengambil bahagian dan Pasukan Negara akan berlepas ke China pada Sabtu ini (15 April) dan
kembali ke Malaysia pada 27 April.

Menerusi senarai 19 pemain yang bakal ke China, dua daripadanya merupakan pemain yang pertama kali
mendapat panggilan bersama Skuad Wanita Kebangsaan dan kedua-duanya merupakan pemain Skuad
Young Tigress yang beraksi pada Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNBMHL 2023) baru – baru ini.
Dua pemain yang diserap bersama Pasukan Wanita Kebangsaan ialah Nur Nabila Alia Yussaini (21 tahun) dan
Azmyra Mia Sofea Azhairy (19 tahun).

Ketua Jurulatih Skuad Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata, kejohanan jemputan ini
akan digunakan oleh pasukannya dengan sebaiknya untuk memperkemas serta memperbaiki lagi kelemahan
pasukan dan membentuk keserasian pasukan yang lebih baik.

“Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Pusat Latihan Wujin, Jiangsu, China menjadi medan terbaik bagi
pasukan Hoki Wanita Negara menimba pengalaman serta meningkatkan keserasian dikalangan pemain
sebagai persiapan terakhir kami bagi merealisasikan sasaran iaitu untuk mempertahankan Pingat Emas yang
dimenangi pada tahun 2017 di Kuala Lumpur,” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d