Bola Sepak

You fikir sendiri apa kekurangan kami – LTK


Teong Kim (kanan). FOTO Perak FC

Pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim menyuruh wartawan menilai sendiri kelemahan pasukannya selepas dibelasah 0-5 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi ketujuh Liga Super 2023.

Ketua jurulatih itu dilihat seakan berang dengan soalan yang ditanya oleh wartawan tersebut selepas tamat perlawanan di Stadium Perak pada Selasa.

Wartawan : Selepas tujuh perlawanan apa yang coach nampak kekurangan dalam pasukan Perak?

LTK : Kekurangan? You nampak game bukan ? You fikir sendiri la apa kekurangan kami. Bukan you tak lihat game. Siapa yang lihat dia tau la.

Terdahulu, bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu menjelaskan kualiti Harimau Selatan sudah berada pada kelas tersendiri.

“Saya dah kata JDT sebuah pasukan yang kuat,” kata beliau.

Pada perlawanan tersebut, pasukan pelawat memperolehi gol menerusi gol sendiri pemain Perak, Hasnul Zaim pada minit ke- 5, dua jaringan Leandro Velazquez pada minit ke-25 menerusi sepakan penalti dan gol padang pada minit ke-91, Diogo Santo m-45) dan Bergson Da Silva (m-65).

JDT terus mencatatkan kemenangan ketujuh berturut-turut untuk terus menerajui liga dengan 21 mata manakala Perak di tangga ke-10 dengan lima mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: