Bola Sepak

Lawan Sabah, tiga tonggak JDT belum cergas


Arif Aiman masih belum cergas sepenuhnya. FOTO JST

Johor Darul Ta’zim (JDT) anggap aksi keenam Liga Super 2023 bertemu Sabah pada Jumaat sukar berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pasukan dari Borneo tersebut.

Pengurusnya, Esteban Solari berkata, beberapa tonggak kelab itu juga masih belum cergas menjelang aksi penting tersebut.

Menurutnya, Harimau Selatan perlu fokus secara taktikal sepanjang 90 minit selepas menunjukkan prestasi yang baik setakat ini tetapi masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan.

“Walaupun skuad ini secara amnya berada dalam keadaan yang baik, terdapat beberapa pemain yang belum cergas sepenuhnya dan masih menjalani pemulihan.

“Natxo Insa hampir kembali selepas beberapa bulan tidak beraksi akibat kecederaan belakang manakala Bergson Da Silva masih belum cergas sepenuhnya setelah terlepas tiga perlawanan yang terakhir.

Arif Aiman ​​Hanapi dan Endrick Dos Santos juga tidak seratus peratus cergas dan masih menjalani pemulihan dan latihan ringan,” katanya.

Jelasnya, pengurusan berharap pemain-pemain ini kembali cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Sabah dan perlawanan-perlawanan akan datang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: