Bola Sepak Harimau Malaya Terkini

Hong Kong berdepan kesukaran turunkan pemain


Andersen (kiri) bersaama Wang Kit pada sidang media menjelang aksi menentang Malaysia, malam ini.

KETIADAAN beberapa pemain utama yang masih beraksi di Liga China memberikan tamparan buat Hong Kong menjelang aksi persahabatan menentang Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Pengendalinya, Joern Andersen berkata dia masih belum mendapat barisan pemain terbaik memandangkan beberapa pemain utama tidak mendapat pelepasan daripada kelab mereka .

“Akibat COVID-19 tahun lalu, kami tidak dapat memanggil pemain yang beraksi di China. Namun kali ini ada sedikit kelegaan kerana pemain yang kami mahukan boleh turun beraksi biarpun masih ada terbabit perlawanan liga di China.

“Selain itu, ada beberapa pemain masih mengalami kecederaan manakala pemain pertahanan, Helio José de Souza turut tidak bersama kerana masalah pasport. Apapun, kami datang dengan barisan terbaik selepas mengharungi aksi menentang Singapura, Khamis lalu,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: