Bola Sepak

Negeri Sembilan perlu 10 tahun untuk saingi JDT


Diogo (tengah) dikawal keta pemain Negeri Sembilan FC. FOTO MFL

Perbezaan kualiti yang besar menjadi punca Negeri Sembilan tewas 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi ketiga Liga Super 2023 Di Paroi pada malam Isnin.

Pengendali Negeri Sembilan FC, K.Devan berkata, mereka memerlukan masa sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun untuk menyamai juara sembilan kali liga super berturut-turut itu.

Menurutnya, berbanding skuad Jang pula, mereka baharu sahaja dibentuk dalam tempoh dua tahun Ini.

“Kita tahu kita kalah kepada pasukan terbaik dalam negara. Kalau bandingkan kualiti kita dengan mereka memang jauh berbeza. Kalau kita hendak bertanding dengan mereka, kita perlukan lagi 10 tahun.

“Kita baharu tubuhkan pasukan ini dalam dua atau tiga tahun. Kita sedang dalam proses membentuk pasukan yang kuat.

“Kalau banding dengan JDT , mereka sudah sembilan kali juara dan mereka bermain dalam Liga Juara Asia,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat.

Mengulas lanjut, pihaknya akan meneliti kembali semua jaringan tersebut bagi menganalisis kembali kesilapan yang berlaku terutamanya pada babak kedua sehingga bolos lima gol.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: