Bola Sepak Liga Malaysia 2023 Terkini

Perubahan cuaca jejas rentak pasukan – Aguero


KAPTEN Sri Pahang FC, Sergio Aguero menyifatkan hujan lebat yang melanda Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) separuh masa kedua nyata mengubah keseluruhan permainan untuk pasukan masing-masing berpuas hati dengan satu mata dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC, semalam.

Sudah tentu, keadaan cuaca tidak akan dijadikan alasan untuk Sri Pahang tetap bekerja keras dalam memastikan mereka tidak tewas meskipun pada akhirnya kecewa apabila tuan rumah berjaya meraih jaringan pada lewat permainan.

Namun, pemain naturalisasi kebangsaan ini tidak menolak mereka agak bergelut untuk terus mengasak pada saat anak buah Tan Cheng Hoe juga terus memberi tekanan di bahagian depan sehinggalah tamat masa perlawanan.

“Sejujurnya saya kecewa juga sebab kita seri pada minit-minit akhir tetapi yang penting adalah kita dapat satu mata menentang salah satu pasukan yang kuat seperti Selangor.

“Hujan turun dengan lebat dan kami berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang seperti itu untuk cuba bermain sebaiknya sehingga tamat perlawanan.

“Tetapi kami satu pasukan sedang cuba untuk pergi satu demi satu perlawanan dan saya rasa malam ini (semalam) kami bermain dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Yang penting, selepas ini fokus pasukan adalah cuba untuk layak ke pusingan seterusnya memburu trofi (Piala FA) apabila menentang Perak nanti”, jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: