
Bekas penyerang Penang FC, Anselmo Arruda da Silva, 37, ataupun dikenali sebagai Casagrande menjadi taruhan Negeri Sembilan FC menghadapi saingan Liga Super 2023.
Casagrande bukanlah nama asing dalam saingan Liga Malaysia kerana sebelum ini turut beraksi di Kuala Lumpur City FC, Felcra FC dan Melaka United FC.
Beliau berasal dari Barra Do Corda yang memiliki ketinggian 1.93 meter pastinya akan membantu bahagian serangan pasukan Negeri Sembilan FC.
Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan dipetik melalui Utusan berkata, pemain itu dibawa masuk pasukan Hobin Jang Hobin itu bersama seorang lagi pemain import dari Brazil iaitu Vinicius Leonel Da Silva, 26,.
Ini menjadikan Negeri Sembilan mempertaruhkan empat orang pemain import selepas sebelum ini berjaya mengikat pemain tengah berasal dari Gabon, Levy Clemen Madinda yang dipinjamkan dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.
Seorang lagi pemain import ialah pemain pertahanan dari Perancis, Mark Herold Goulon, 34, yang dikekalkan dari skuad musim lalu.
Add Comment