Bola Sepak

Penjaga gol Turkiye maut mangsa gempa bumi


Turkaslan maut dalam kejadian gempa bumi di Turkiye.

Penjaga gol Turkiye, Ahmet Eyup Turkaslan dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian gempa bumi yang melanda negara itu.


Kelabnya, Yeni Malatyaspor memaklumkan perkara tersebut dan Turkaslan adalah salah seorang daripada Lebih 5,000 orang yang disahkan meninggal dunia di Turki dan Syria akibat bencana itu setakat ini.


“Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan kehilangan nyawanya selepas berada di bawah runtuhan gempa bumi. Rehatlah dengan tenang.


“Kami tidak akan melupakan anda, seorang yang sangat baik,” kata kelab itu melalui Twitter rasmi mereka.


Turkaslan, 28, bermain enam kali untuk kelab divisyen dua Turki Yeni Malatyaspor selepas menyertai pada 2021 lapor Agensi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: