
Petinju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi berada pada reputasi sendiri apabila berjaya memperoleh kemenangan ke-11 di dalam karier tinju profesionalnya di KBX Event Singapura pada Sabtu.
Adli Hafidz atau lebih dikenali sebagai “goldenboy” berjaya menewaskan petinju dari Thailand, Nakhon Muensa dengan keputusan sebulat suara selepas menghabiskan perlawanan sehingga pusingan ke-6.
Dia telah merencana strategi mahu menewaskan lawannya dengan mengatur beberapa pergerakan.
“Lawan sudah dapat membaca pergerakan saya kerana pada September 2022 saya berlawan di Bangkok Thailand. Dia telah menyaksikan perlawanan saya dan telah mengatur langkah untuk menentang saya. Pada pusingan pertama hingga ketiga lawan hanya tunggu saya mulakan pergerakan dan menunggu untuk tindak balas.
“Namun saya menukar strategi dengan bermain secara “in fight” dan Alhamdulillah saya menang kesemua pusingan dengan kiraan mata 60-54,” katanya.

Jelasnya, fokus pada tahun 2023 adalah untuk mengembalikan keyakinan setelah tewas pertama kali di Bangkok ke atas petinju india shiva takhran pada September 2022.
“Saya mahu berlawan lebih 4 perlawanan pada tahun 2023 dan mahu mencabar semula kejuaraan WBC Asia sama ada kelas Middleweight atau Super Middle Weight.
“Saya akan berehat selama 1 minggu dan akan meyambung latihan bagi maintain performance saya dan setiasa bersedia untuk perlawanan seterusnya,” ujarnya lagi.
Add Comment