
Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon mengakui aksi bertemu Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam Selasa penting buat pasukan itu.
Skuad negara wajib menang pada perlawanan Ini manakala Singapura cukup hanya seri untuk melangkah ke pusingan empat pasukan terbaik.
Malaysia selepas tiga perlawanan berada di kedudukan ketiga kumpulan di belakang Singapura yang memiliki kelebihan satu mata.
“Esok bergantung kepada kemahuan kami sendiri untuk berjuang. Dengan pendekatan yang tepat, menghormati Singapura dan sedar sepenuhnya perlawanan esok adalah amat penting maka ia akan menjadi kisah berbeza.
“Saya sudah bersama mereka empat minggu dan lihat mereka sangat matang dan profesional,” kata Pan Gon.
Jelas beliau, Harimau Malaya akan memberikan segala-galanya pada aksi tersebut.
“Saya percaya mereka akan menghormati lawan dan berjuang dengan pendekatan tepat untuk memberikan persembahan terbaik bagi mendapatkan keputusan yang bagus,” ujar beliau lagi.
Add Comment