Bola Sepak

Faisal gesa rakan beri segalanya lawan Singapura


Faisal (kanan) dan Kim Pan Gon pada sidang media pada Isnin.

Malaysia perlu memberikan segala-galanya pada perlawanan terakhir kumpulan B Piala AFF 2022 menentang Singapura pada malam Selasa Di Stadium Bukit Jalil.

Ketua pasukan Harimau Malaya, Faisal Halim menggesa rakan-rakannya agar tidak membiarkan lawan memperolehi mata di laman sendiri.

“Saya ingatkan kepada rakan-rakan betapa pentingnya perlawanan esok, kita kena bermain bersungguh-sungguh dan tak perlu simpan tenaga lagi.

“Kadang-kadang walau kita main bagus pun kita boleh kalah, dan main buruk pula boleh menang, tetapi saya harapkan esok kita dapat tunjukkan permainan yang baik dan menang, kita bermain di home takkan nak bagi mereka mudah dapatkan mata,” katanya.

Ulas Faisal, keputusan tewas 3-0 kepada Vietnam di Hanoi sedikit memberikan tekanan kepada pasukan tersebut namun mereka mahu kembali bangkit di laman sendiri di Bukit Jalil.

“Apabila melihat Singapura seri menentang Vietnam kita agak tertekan juga, kita fikir bagaimana kita boleh tewas dan mereka boleh seri tetapi jurulatih sudah terangkan kepada kami.

“Masa menentang Turkmenistan dahulu, kita dah tunjukkan mampu bersaing dengan pasukan lebih baik, kita keluar dan menyerang bersungguh-sungguh, dan kita akan tunjukkan sekali lagi esok,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: