
Desas- desus bekas pemain naturalisasi Sri Pahang FC akan kembali bergabung dengan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain di Kedah Darul Aman (KDA) FC kini jadi bualan selain turut dikaitkan dengan Terengganu FC bagi saingan Liga Malaysia musim 2023.
Lee Tuck yang kini mengalas tugas bersama skuad Kebangsaan di Piala AFF 2022 mengesahkan beliau telah berpisah dengan Tok Gajah melalui laman media sosialnya pada Jumaat.
Aksi menyakinkan bersama Harimau Malaya mendapat pujian daripada penyokong tanah air dan mereka menyifatkan kelab baharu yang berjaya mendapatkan khidmatnya dianggap berbaloi walaupun telah berusia 34 tahun.
Komitmen yang ditunjukkan beliau cukup tinggi sepanjang diturunkan oleh Kim Pan Gon pada aksi persahabatan Antarabangsa Tier 1 Dan perlawanan pertama Kumpulan B Piala AFF 2022.
Bagi penyokong KDA FC, mereka hanya percaya jika media sosial kelab itu memperkenalkan Lee Tuck melalui video pengenalan pemain seperti yang dilakukan sebelum ini.
Lee Tuck menerusi media sosial mengucapkan selamat tunggal kepada Sri Pahang FC.
“Saya ingin berterima kasih kepada mereka yang hebat termasuk penyokong di kelab dan negeri ini yang kami gelarkan sebagai rumah kami.
“Saya dan keluarga berasa sedih walaupun saya mahu bermain lebih banyak untuk kelab ini. Saya tahu ini adalah sebahagian daripada bola sepak dan cabaran serta pengalaman yang perlu dikongsi.
“Saya juga mahu berterima kasih kepada isteri dan anak kerana sokongan mereka yang tidak pernah berbelah bahagi. Selamat maju jaya Sri Pahang FC,” katanya.
Add Comment