
Pemain Sri Pahang FC, David Rowley teruja menerima panggilan Harimau Malaya dan bergegas pulang ke Malaysia walaupun hanya sempat bersama keluarganya selama tiga hari di Jerman.
Berkata kepada pemberita selepas sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)Kelana Jaya, beliau tidak mahu melepaskan peluang tersebut apabila dihubungi oleh Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon.
“Saya rasa sangat teruja apabila Pan-gon menghubungi saya untuk wakili negara, saya terus cakap kepadanya sudah tentu dan saya pulang balik ke Malaysia untuk sertai kem latihan selepas tiga hari pulang ke Jerman.
“Saya beritahu isteri saya kena balik Malaysia dan dia terkejut tetapi gembira untuk saya. Memang dah ada plan untuk luangkan masa dengan keluarga kerana sudah tiga tahun tidak berjumpa, tetapi inilah bola sepak,”
katanya.
Jelasnya, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Abang misai hanya berada di Jerman selama tiga hari sahaja sebelum pulang ke Malaysia.
Rowley menyifatkan KPG sebagai jurulatih yang mempunyai tahap profesionalisme tinggi dan tidak mahu melepaskan peluang untuk bekerjasama dengannya.
Malaysia kini dalam persiapan untuk menghadapi perlawanan persahabatan tier 1 menentang Kemboja pada Jumaat dan Maldives pada Rabu depan.
Dua aksi persabatan antarabangsa itu adalah persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Elektric AFF 2022.
Add Comment