Golf Terkini

Ducati Monster menanti peserta Grand Final Kejohanan Golf MFGA


PETALING JAYA:  Malaysia Flying Golfers Association (MFGA) akan menganjurkan Grand final kejohanan golf yang bakal berlangsung di Johor Bahru pada 5 dan 6 Disember ini dengan menawarkan hadiah istimewa sebuah motosikal Ducati Monster bernilai RM72,900.

Hadiah Motosikal Ducati Monster ini adalah tajaan sepenuhnya syarikat Next Bike Sdn. Bhd. Namun hanya peserta yang berjaya melakukan pukulan Hole In One di lubang lapan Horizon Hill Golf & Country Club, Johor Bahru ini sahaja yang boleh membawa pulang hadiah tajaan ini. 

Menurut Presiden MFGA, Zulkifli Mohd. Razali, pihaknya amat berbesar hati dan menghargai di atas penajaan sebuah motosikal Ducati oleh Next Bike Sdn. Bhd. Ini menjadikan kejohanan grand final kali ini sangat menarik. 

katanya lagi sehingga kini, penyertaan grand final ini sudah mencapai hampir 100 pemain dan daripada jumlah itu seramai 20 pemain adalah peserta dari luar negara seperti Korea, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Bagaimanapun beliau optimis pihaknya mampu mencapai sasaran seramai 120 pemain sebelum menjelang tarikh kejohanan.

kejohanan grand final itu diadakan sebanyak dua pusingan di mana pusingan pertama akan berlangsung di Forest City Golf Resort dan pusingan kedua di Horizon Hills Golf and Country Club.

kejohanan MFGA ini sudah melalui sembilan pusingan sebelum memasuki grand final.

beliau meluahkan rasa bersyukur kejohanan golf anjuran MFGA ini akhirnya sampai ke peringkat grand final pada awal Disember ini di Johor.

Menurut Zulkifli matlamat utama kejohanan diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pemain-pemain industri pelancongan, peserta tempatan dan luar negara selain mempromosikan pelancongan golf dalam negara.

Beliau berharap semua peserta akan menikmati pengalaman menarik bermain golf di Forest City Golf Resort (Legacy Course) rekaan Jack Nicklaus dan di Horizon Hills GCC hasil sentuhan Ross Watson.

“Bagi peserta industri pelancongan dari luar negara, kami mengharapkan lebih banyak usaha dan masa dapat diluangkan melalui rangkaian golf.

“Mereka dari Thailand dan Singapura pasti mengingati Kejohanan Tiga Pihak Flying Golfers yang sudah terhenti sekian lama. Dan menjadi hasrat MFGA untuk memulakan semula kejohanan itu,” katanya.

MFGA menetapkan yuran penyertaan bagi kejohanan grand final dua pusingan ini sebanyak RM890 (twin sharing) dan RM1,090 (single) dan banyak hadiah-hadiah menarik menarik menanti para pemenang.

Bagi pihak MFGA, Zulkifli merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tourism Malaysia dan penaja-penaja yang menjayakan kejohanan itu sepanjang musim 2021/2022, termasuklah ahli jawatankuasa penganjur kejohanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d