Bola Sepak

Sony Norde milik Terengganu FC


Norde (kanan) bersama pengendali baharu TFC, Steinbruckner.

Bekas pemain sayap lincah Melaka United FC, Sony Norde,33 menjadi pemain pertama baharu yang dibawa masuk Terengganu FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia Dan Piala AFC musim 2023.

Pengumuman itu nyata mengembirakan penyokong Sang Penyu kehilangan tonggak mereka, Faisal Halim yang mengambil keputusan untuk tidak bersama pasukan tersebut musim depan.

Pengumuman tersebut dibuat melalui Facebook rasmi Terengganu FC pada malam Khamis.

Sebelum itu, Sang Penyu juga mengumumkan Tomislav Steinbruckner, dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu FC bagi musim 2023 bagi mengantikan Nafuzi Zain.

Beliau akan memegang tanggungjawab utama untuk membentnuk pasukan Terengganu FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2023 dan jupga saingan Piala AFC 2023.

“Pengendali baru Terengganu FC yang berusia 56 tahun ini berasal dari negara Crotia dan sebelum ini telahpun bersama pasukan Terengganu FC dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Teknikal kelab bermula pada tahun 2022.

“Tomislav telah menandatangani kontrak sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC untuk tempoh 1 tahun iaitu bermula 1 Disember 2022 sehingga 31 Disember 2023,” jelas kenyataan TFC.

Menurutnya, semestinya cabaran untuk mengendalikan pasukan Terengganu FC adalah besar kerana pasukan ini mengakhiri saingan Liga Malaysia dengan rekod yang baik dan pihak pengurusan kelab serta para penyokong ingin melihatkan rekod yang lebih cemerlang dapat dicapai bagi saingan musim 2023.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d