Bola Sepak Terkini

UITM JUARA PIALA SUMBANGSIH LIGA IPT MUSIM 2022-2023


3 Disember 2022 | Shah Alam

UiTM memberi amaran awal untuk terus menguasai Liga Bolasepak IPT musim 2022-2023 apabila merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih malam tadi.

Skuad ‘Young Lion’ selaku tuanrumah merupakan Juara Bolasepak Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) Ogos lalu menewaskan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2 – 1.

UPNM yang merupakan Juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022 memberikan saingan sengit dan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil rembatan N.Thineswaran pada minit ke 20.

Bagaimanapun aksi babak kedua lebih mencemaskan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Muhammad Mirza Malik akhirnya berjaya menolak masuk gol penyamaan untuk UiTM pada minit ke 53.

Asakan UiTM semakin rancak dan akhirnya Muhammad Zarif Nazhan menyumbat masuk gol ke 2 UiTM pada minit ke 66.

Walaupun UPNM bekerja keras untuk mencari jaringan penyamaan namun kedudukan kekal hingga tamat permainan.

LBSIPT musim 2022/2023 bermula hari ini membabitkan 14 pasukan Divisyen 1, 14 pasukan Divisyen 2 dan 11 pasukan Divisyen 3.

Liga Divisyen 1 bermula hari ini dijadualkan akan tamat pada Februari 2023, manakala Divisyen 2 akan dilangsungkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 8-16 Disember dan Divisyen 3 pula di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 23-31 Disember tahun ini.

Seterusnya, kemuncak LBSIPT musim ini akan disudahi dengan pertandingan Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022/2023 yang dijangka akan berlangsung sekitar Mac 2023.

Piala dan trofi Piala Sumbangsih telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT dan Puan Salasiah Yusop, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Pentadbiran, Pengurusetiaan dan Jemaah Menteri, Bahagian Perancangan Strategik KPT.

Disediakan oleh;

Seksyen Sukan, BPS
Kementerian Pengajian Tinggi


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: