
Pemilik Johor Darul Ta’zim , Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan jurulatih Argentina U23, Esteban Solari bakal dilantik senagai jurulatih baru JDT FC untuk musim 2023.
Solari,42 bakal menggantikan Hector Bidoglio yang diangkat sebagai Pengarah Teknikal Pasukan bagi saingan musim hadapan.
Menurut Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), bekas penyerang skuad Argentina dibawa mask untuk memperkuatkan lagi skuad Harimau Selatan pada musim 2023.
Difahamkan kontrak Solari bersama skuad Argentina B-23 tahun dijangka tamat pada 30 Disember ini.
Sementara itu, Alistair Edwards yang memegang jawatan Pengarah Teknikal akan bertukar kepada Ketua Pegawai Eksekutif JDT.
Tambah TMJ, kelab itu juga sudah menandatangani pemain import baharu untuk posisi penyerang, pemain tengah menyerang dan juga penyerang termasuk mengekalkan semua pemain import sedia ada.
Add Comment