
Penyokong Penang FC teruja dengan kelibat Aidil Sharin Sahak yang dikatakan berada di negeri Ini apabila tular gambarnya yang dikatakan menuju ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Biarpun status tersebut menjadi tanda tanya namun jelas bekas Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC terus dirisik pasukan lain selepas beliau tidak lagi bersama Sang Kenari.
Empat tahun bersama Kedah, pelbagai kejuaraan diraih oleh pengendali bersama pasukan tersebut antaranya Juara Piala FA 2019, Naib Juara Piala TM Malaysia 2019
Dan Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021.
Kedah juga Layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022 termasuk layak tiga tahun berturut-turut ke pentas AFC.
Kelibat Aidil Sharin dikesan oleh penyokong Harimau Kumbang yang turut berada di tempat sama sebelum berkongsi gambar ketua jurulatih dari Singapura itu.
Gambar kini tersebar di laman media sosial penyokong Penang FC dan mencetus persoalan di kalangan penyokong pasukan tersebut.
Add Comment