
Hanar Jaafar, Wakil MIASA,
Puan Ain Diana Hasan, penasihat projek,
Prof. Dr. Norzalita Abd Aziz, pemain golf PGM, Shaifubari Muda dan Pakar Psikiatri HKL, Dr Mohd Hafiz Norzan.
80 orang termasuk pemain golf professional, Shaifubari Muda menyertai Kejohanan Golf Amal Peningkatan Kesedaran Kesihatan di Kelab Golf Sungai Long Golf & Country Club (SLGCC) pada Sabtu lalu.
Kejohanan tersebut adalah anjuran Graduate School of Business – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB) dengan kerjasama strategik Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) melalui sekumpulan mahasiswa tahun akhir Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Miracle Minds.

Acara Golf Amal ini bertujuan memberikan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental yang baik serta membasmi stigma negatif terhadap pesakit mental dalam kalangan masyarakat.
Bukan itu sahaja, acara ini juga mampu menjadi pencetus buat orang ramai untuk menjadi aktif dalam advokasi terhadap kesihatan mental.

Acara golf ini juga ditaja oleh beberapa penaja yang terkemuka yang komited dalam pemberian sokongan kepada kesedaran penjagaan kesihatan mental.
Ianya turut melibatkan sesi bicara perkongsian bersama pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Hafiz Norzan.
Add Comment