Hoki Komentar

SIBUK BOLA, SIBUK SUKAN SEA, LUPA HOKI


Foto: Konfederasi Hoki Malaysia

Bicara Otai Sukan oleh: Dr Pekan Ramli

Diam tak diam skuad hoki kebangsaan

‘Speedy Tigers’ telah pun melayakkan diri untuk beraksi di Piala Dunia 2023…..saya ulang…….Piala Dunia 2023…..Piala Dunia ya…..dan nanti bakal berentap dengan Australia, Belgium, Belanda, Jerman, Argentina, India dan lain-lain…

 

Ini bukan Piala Suzuki atau Piala AFF atau Temasya Sukan Asia Tenggara……ini cuma ‘level’ Asia Tenggara aje……..kalau berentap pun dengan Thailand, Vietnam, Indonesia, Laos, Timor-Leste atau Singapura.

 

Ibarat buat kerja dalam ‘kelambu’, diam-

 

diam dah berhasil. Tabik saya pada gang Segamat saya ini, Coach Arul Selvaraj. Determinasinya sebagai jurulatih kebangsaan untuk memastikan Malaysia layak ke Hoki Piala Dunia 2023 sangat tinggi.

 

Katanya pada saya, berilah sokongan pada hoki. Till when gonna talk about ********, been ****key years, will never change. Itulah nada kekecewaan beliau tetapi ‘tabik dan respek’ saya pada Arul.

Foto: Konfederasi Hoki Malaysia

Walaupun dia orang Malaysia tetapi isteri dan anak-anaknya kini di Ireland. Boleh saja dia kembali ke Ireland untuk bersama keluarga tetapi kasih dan sayangnya pada hoki Malaysia ini masih menebal.

 

Siapa sangka kita dah layak ke Hoki Piala Dunia 2023 buat kali yang ke sepuluh

 

daripada 15 edisi di Bubaneswar, India pada Januari tahun depan.  Pada ketika ‘Speedy Tigers’ sedang berjuang di Jakarta, kita sebenarnya sibuk dengan pencapaian 39 pingat emas di Sukan Sea Vietnam walaupun di tempat ke-6 keseluruhan.

 

Kita hampir terlepas pandang akan kejayaan skuad hoki kebangsaan yang layak ke ‘Super 4’ di Piala Asia 2022 dan layak ke Hoki Piala Dunia 2023.

 

Maklumlah kita terlalu sibuk memberi tumpuan pada Kim Pan Gon untuk persiapan skuad Harimau Malaya menghadapi kelayakan Piala Asia 2023. Kita juga tersenyum bangga dengan pelbagai laporan berita apabila berjaya membelasah Brunei yang hanya baru berlatih beberapa hari.

 

 

Maafkan kekhilafan kami Arul, memang kami terlalai dan terlalu taksub dengan sukan ini walaupun ‘level’nya tak ke mana pun. Entahlah agaknya sebab bolanya juga lebih besar daripada bola hoki. Mungkin juga sebab ‘score’ gol dengan kaki atau kepala itu lebih menarik daripada guna ‘stick’ atau kayu.

 

Apa pun sukan hoki ini tetap membanggakan kita rakyat Malaysia. Kita pernah mematah-matahkan kayu-kayu ubi dan juga asalkan kayu berbentulk ‘L’ untuk berjinak dalam sukan ini tatkala diserang ‘demam’ Hoki Piala Dunia ketika pertama kali menjadi tuanrumah pada 1975.

 

Kita layak ke separuh akhir buat julung kalinya walaupun tewas kepada India 2-3 selepas masa tambahan. Itulah

 

pencapaian terbaik di tempat ke-4 sehingga kini. Hebat sungguh aura sukan hoki pada waktu itu……

 

Marilah kita semarakkan kembali sokongan kita kepada skuad ‘Speedy Tigers’ ini kerana pasukan ini dipenuhi dengan pemain-pemain yang luhur dan berjiwa besar, semangat patriotik dan cintakan negara yang jauh lebih tulus dan murni walaupun kebanyakannya menerima gaji yang tidak seberapa, bahkan mereka juga bukan datangnya dari pasukan kelas atasan yang kaya raya atau kasta kayangan.

 

Mereka tidak gentar berdepan dengan lawan biarpun sama-sama punya senjata kayu dan bola keras yang pada bila-bila masa boleh membuat mereka cedera atau bengkak di kaki atau muka. Mereka

 

ketepikan semua itu kerana itulah ‘passion’ dan pengorbanan mereka pada sukan ini

Kejujuran dan keluhuran itulah sebenarnya yang mungkin membawa berkat dalam kehidupan mereka yang direstui dengan kejayaan ini.

 

Selamat Berjaya Coach Arul dan Selamat Maju Jaya ‘Speedy Tigers’.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: