PENAMPILAN kali pertama bersama skuad kebangsaan, Zhafri Yahya pastinya tidak mahu melepaskan peluang yang diidamkan sejak 2016 namun memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan taktikal dan corak permainan diterapkan jurulatih baháru, Kim Pan-gon.
Tegasnya, menjadi impian dirinya beraksi untuk Harimau Malaya sejak menyertai KL City pada 2016.
“Apabila berada di bawah kendalian Bojan Hodak, banyak ruang dan peluang diberikan untuk saya buktikan kemampuan, akhirnya saya berjaya membuktikannya kepadanya dan pasukan.
“Selepas dua hari latihan, saya rasa cara kendalian latihan Pan Gon lebih kurang sama dengan Bojan. Pencapaian pertama ingin berada dalam skuad Harimau Malaya, kedua saya ingin sekurang-kurangnya dapatkan minit permainan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pemain berusia 27 tahun kelahiran Selangor itu pada awalnya diletakkan dalam senarai menunggu, dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada Selasa, untuk menggantikan penyerang Petaling Jaya City (PJ City) Darren Lok, yang positif CovidM-19.
Add Comment